Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Agak lama jugak tak update blog ni. Bukan sebab alasan ape. Tapi mungkin banyak mengahabiskan masa untuk assignment, coursework and tuto. (Assignmentlah sangat kannnn). Tapi ini serius. Aku bz assignment tak tipu. heh. Actually yesterday satu hari aku berjalan. Saje mahu bercerita sebab lama gak tak menaip kat blog sendiri. Aku banyak komitmen maklumlah wanita bekerjaya sangaaaaat tapi blog pon harus diberikan perhatian. Kalau tak ia akan merajuk. Betul tak adik-adik :)
Okay kemana kita semalam?
Aku dan sahabat baik aku pergi ke 4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012. Tapi mungkin luck tak ade kot sebab kitorang sampai je pukul 11 gitu hanya ada 3 je hot air balloon kat situ. Dan lepak situ until 12.30, belon tu macam nak simpan dah. My friend and I dah macam =,=' . Fine kite datang jauh semate2 nak 'tanned'kan kulit je yek? Fine lah nyah. Mak tak kesah asalkan ade gambar gedik kat situ. Kau hado???
Ini je yang mampu nyahhh!!
Ahha.. My friend yang pegi bersama-sama sememangnyalah HOT seperti cuaca pada hari semalam.
caption : Mahu huduh seperti saya? Buat seperti yang telah ditunjukkan~
Nak pergi Putrajaya tu dahle banyak betul dugaan yang datang. Jari manis aku luka sebab terkena benda tajam. Terbedarahlah sebentar jari tersebut dengan bahagianya dia. Sakit kot! Then, kami berdua naik bas je yang mampu. Macam sedih, kesian sangat je bunyiknye. Silalah beri simpati! Tetapi itulah hakikat yang perlu diterima manusia sekalian. Yelah test JPJ taknak fail lagi 3 kali lagi pulak kan. Pepagi ngan aku berlarian turun mengejar bas, dahtu sampai kat traffic light simpang nak masuk terminal Gombak pulak bas boleh rosak pulak. Maka berjalanlah dengan gigih pergi ke Terminal Gombak tu dengan hasrat cepatlah sampai supaya cepat juga jejakkan kaki ke Hot Air Balloon Festival tu. At last kat sana kitorang cam blurr sebab tengok belon just ade tiga. Pusing-pusing jap buang masa dan makanya pulanglah kami.
Tapi tak pulang mane pon. Naklah sangat pulang awal-awal. Merayaplah kami makanya. KLCC pulak. Sempat jugak shopping baju even sehelai and sempat tukar kat sana sekali sebab rakus sangat nak pakai baju baru. Nak wat camane perangai rakus tu susah sangat untuk dikikis.
untunglaaaahhh kite je mampu buat muke pelik-pelik gitu...
Actually tak buat apa-apa kat sini selain buang masa dan ambik gambar beratus-ratus. Agak melampau jugaklah kenyataan di situ. Mummy tersayang kat rumah sibuk call bila nak balik. Si dia pulak sibuk mesej tanya keluar haritu sampai dah lupa dia ke? Haihhh tak tahulah mak nak jawab ape nyahh. Speechless sekejap.
Agak-agak dah penuh memory kamera, kami berdua pun pulang ke rumah dengan rasa senang hatinya walaupun juz dapat tengok 3 je hot air balloon yang tak terbang tu. HEHE. Okaylah nyah.. Akak nak tidur dulu. Anak-anak dara tak elok tidur lewat malam gini. Mummy kate nanti muke cepat tua. Tak rela kot muka tua! ohhh pelissss~~
Pesanan penaja : Kadangkala penggunan Bahasa Melayu baku itu comel.